Sinaran Itu Nampak Apabila Rahmat Ilahi Sampai
 
 
  Siapa Kami
   
Profil Syarikat
SINARIS ENTERPRISE SDN BHD (466695-K) ditubuhkan pada tahun 1998 iaitu kesinambungan dari ConsolMax Sdn Bhd. Ia adalah milik penuh bumiputera dan mempunyai modal berbayar sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta daripada jumlah modal dibenar iaitu Ringgit Malaysia Lima Juta. SINARIS adalah singkatan dari perkataan SINARAN ITU NAMPAK APABILA RAHMAT ILAHI SAMPAI.

Bermula dengan perniagaan secara trading kini kami maju selangkah lagi ke hadapan bersama matlamat Era 2000's kami. Kami yakin mampu bersaing dengan syarikat jualan langsung lain yang telah berdiri teguh selama ini bersandarkan produk-produk kami yang berkualiti dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pelan pemasaran kami yang unik.

Matlamat utama kami adalah untuk melahirkan ramai cerdik pandai yang sihat (melalui pemakanan produk kesihatan kami) serta melahirkan seberapa ramai jutawan (melalui peluang perniagaan kami) di Malaysia khususnya dan di mana jua anda berada.

Marilah bersama kami untuk mencapai impian anda sekarang bagi menuju puncak kejayaan.
Misi Perniagaan
SINARIS ENTERPRISE SDN BHD (466695-K) ditubuhkan dengan misinya sendiri, iaitu menyediakan perniagaan yang bersistem sebagai wadah untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Keuntungan duniawi bukan matlamat utama tetapi yang penting ialah dapat menegakkan syariat ALLAH dengan cara :

Berkhidmat dan menyediakan khidmat kepada masyarakat.
Menyediakan makan minum dan keperluan asas yang halal.
Menjalinkan hubungan persahabatan di antara penjual dan pembeli.
Bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain.
Ujian di dalam perniagaan dapat melatih diri agar sabar serta berharap kepada Yang Maha Berkuasa.
Melatih diri untuk melapang dada dan memaafkan orang dalam menghadapi kerenah perniagaan.
Menyediakan peluang perniagaan kepada orang lain.
Membantu meningkatkan ekonomi keluarga, serta dapat menunaikan kewajipan, zakat (berzakat) dan lain-lain.
Mengajar bahawa perniagaan itu adalah Fardhu Kifayah.
Keistimewaan Produk Sinaris
MENGAPA anda perlu memilih Produk SINARIS ?

Bebas daripada sebarang kandungan dadah, perasa, pewarna ataupun pengawet tiruan.
Diproses dan dibuat secara bersih oleh orang Islam dan ianya dijamin HALAL.
Dihasilkan dari gabungan ramuan herba asli yang sangat sesuai lagi baik untuk kesihatan.
Berkualiti, hebat, tiada kesan sampingan.
Terbukti berkesan. Ia juga Murah serta mampu dibeli oleh semua golongan.
Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan sekaligus menggambarkan skop pasaran yang luas.
Jimat. Hanya satu produk untuk membantu merawat pelbagai penyakit atau masalah.
Seimbang untuk setiap pengguna :
 
Memo Booster - Menjaga atau menjana minda efektif dan selamat.
 
Gula Herba - Membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan membekalkan tenaga yang optimum untuk tubuh badan.
 
Ubat Gigi Herba - Alternatif bagi semua ubat gigi di pasaran yang mengandungi elemen penyebab BARAH.
 
Produk Kecantikan Mutiara Kunyit - Penjagaan kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman.
Produk yang mudah dijual, laris serta yang tiada saingan di pasaran.
Untung runcit yang tinggi.
RM1 = 1BV. Nilai Ringgit Malaysia (RM) bersamaan nilai BV. Kecuali Sabun Good dan Pek Promosi Mutiara Kunyit.
Mudah mendapat jualan ulangan. Pengguna sentiasa mencari produk ini. Ia tidak terdapat di tempat lain. Hanya di SINARIS