Keterangan Produk
Masker merupakan salah satu daripada rangkaian produk kecantikan Mutiara Kunyit yang diadun dari 100% ekstrak herba terpilih. Ia mengandungi pati pekat humektan dan perapi yang didapati dari sumber asli yang berfungsi untuk melembut dan mengembalikan kecantikan asli kulit. Ia juga mengandungi herba semulajadi seperti minyak 'tea tree' dan pati lidah buaya yang berfungsi sebagai agen kelegaan kulit yang seringkali terkena panahan cahaya matahari akibat daripada aktiviti-aktiviti luar rumah.
Masker ini juga telah diperhebat dengan spirulina yang di dalamnya mengandungi pelbagai nutrien yang amat diperlukan oleh kulit untuk kelihatan tampak lebih muda. Penghasilan daripada gabungan semuanya ini mampu memberikan khasiat kepada wajah anda. Ia mudah diserap oleh kulit dan hasilnya, wajah kelihatan lebih berseri, kulit lebih tegang serta licin dan menampakkan lagi keayuan anda. Ia juga membantu melegakan kulit dan merehatkan otot muka yang kepenatan sesudah seharian bekerja.