Keterangan Produk
Facial Cleanser merupakan salah satu daripada rangkaian produk kecantikan Mutiara Kunyit yang diadun menggunakan ekstrak semulajadi dan ekstrak buah-buahan sebagai bahan utamanya. Bahan-bahan ini bertindak secara lembut terhadap kulit anda. Ia membersih kekotoran pada kulit dan menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Produk ini juga diperhebat dengan ekstrak halia yang berfungsi sebagai agen pencucian, pelembab dan penyeri dari bawah kulit serta membantu proses pencerahan wajah secara semulajadi. Penggunaan dua kali sehari secara berterusan akan memberangsangkan pembaharuan sel kulit yang mati seterusnya menghasilkan kelembutan dan kegebuan kulit anda. Facial Cleanser amat sesuai pada semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia mempunyai kandungan pH yang seimbang.